Blogger Layouts

Tuesday 29 November 2011

BEN ASHAARI masukkan blog ANA HURIYA dalam entry nye..hee.

Assalamualaikum


First, dalam kepala Ana, Ana ingat blogger yang otai or femes tidak akan layan sgt blogger baru cam Ana ni..But now, Ana kena ubah fikiran dah. klik SINI.mane tahu nanti rezeki blogger baharu yang lain pula akan di promote oleh Ben ASHAARI...hee..rasa lucu, plus malu la pula...hee..
print screen.buat kenangan.hee


Ana nak cerita cmner Ana boleh tahu tentang blogger BEN ASHAARI ni..:

long time ago..hee..Ana tgk kawan Ana suke berblog..then Ana tgk,ramai follower die..sedangkan dia baru jer buat tak sampai sebulan.., dia gtaw, blognya diperkenalkan oleh BEN ASHAARI..BEN ASHAARI??siapa tu??Ana tanya kawan Ana..then, dia cakap blogger femes.ringkas dan padat jawapannya.

Sebab tu mula2 Ana buat blog ni, antara org yang terawal Ana google ialah BEN ASHAARI..bile terokai blognya..Ohh..inilah orgnya...=)hee..


Sekiaannn..taaa...=)


p/s:Ana akan follow balik mereka yang follow Ana..terima kasih sudi sokong Ana..Kita saling membantu yea..=)












Pengikut Pertama

Assalamualaikum

Waahh...hari ini Ana dapat follower pertama.:)..jom2 kenal dgn first follower Ana ni..klik SINI.hee..thanks yup Pwencess Yuyue=)


Cute kan headernya, Orgnye mst lagi2 cute..=)









Monday 28 November 2011

Tidak suka kanak-kanak

Assalamualaikum
Yer..yer...mmg Ana tak suka budak kecil, kanak-kanak!! Ana tak suka kanak-kanak bila mana Ana tak mampu membuatkan mereka selesa dan gembira dengan Ana.huhu.. 


Jangan salah faham dengan statement tersebut!!hee..Of course la Ana love sgt2 kanak-kanak..ohh..Ana teringin nak jadi cam Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W. Betapa pandainya nabi melayan anak-anak kecil.
Cuba tgk video di bawah ni. Betapa Nabi Allah kita ni begitu menyayangi kanak-kanak.


Ana, rasa cam fail juga la bila kanak-kanak takut nak dekati kita. Mula la rasa, "ish aku ni tada sifat keibuan k".Act, Ana agk takut2 juga nak dekati kanak-kanak, first sebab teringat anak saudara Ana tak nak dengan Ana. Mmg ni kesilapan Ana jugak la, sebab Ana jarang jumpa die. Jumpa pun time cuti semester. Lagi satu teknik Ana tak kena, bile jumpa terus Ana dukung die dan pecut seratus meter bawak die lari jauh daripada mummy die. Tengoklah, mana tak meraung dak kecil tu. Bila die tgk Ana, die akan cakap "atot dan tak ceh". Maksudnya takut dan tak nak".Sedih kan??rasa loser jer..huhu...

Jadi, bila Ana tgk kanak-kanak yang umur 2 tahun ke atas, takut nak dekati dorang. Mula la rasa"ish malu ni kalau dorg ta nak dengan kita".."kang nangis kan kalau nak dukung or pegang:.macam-macam la pikir. Last Ana tgk dan senyum2, cakap2 tanpa pegang dorang. But, lain pula dengan baby yang comel, botak2 tada rambut, tak tahu apa2!!yang ni galak la Ana dukung!!hee..dorg tak dapat beza lagi org sekeliling..dengan sume org nak..mmg rasa bahagialah!hee..

Semua ni berubah bila Ana tgk video tersebut. Ana tekadkan keazaman nak tawan hati anak saudara Ana yang umur setahun 6 bulan tu. Cara yang ni boleh guna bagi senasib dengan Ana..hehe..
  • First, Ana beli "umpan" dahulu.. umpan ni boleh pelbagai versi. Ana pilih umpan permainan.hehe.
  • Ana suka main belon buih, So, Ana agak, my niece pun akn suka juga..hee.
  • Mula-mula die sampai, Ana tak buat dah larian pecut seratus meter tersebut.
  • Ana sengeh2, senyum2, cakap2 tanpa menyentuh dia. Ana nak wujudkan satu persekitaran yang selesa buat die dgn Ana. Bia dia rasa selamat dgn Ana.
  • Waa..sedih jugak la tu perkataan "atot n tak ceh" sentiasa keluar drpd mulut dia bila Ana nak dekati die.
  • So, bila keadaan camni Ana keluarkan umpan Ana..tadaaa..belon buih!!
  • tiup banayk2 depan muka dia..(make sure jgn smpai masuk mulut dorg..bahaya tuu..)
  • serius rasa bangga bila tgk muka die teruja dgn belon tersebut..hee.
  • Seterusnya, Ana ajak dia masuk bila Ana. Bilik Ana banyak skit barang, jadi banyak benda dia nak terokai. Ana let go jer..benarkan die sentuh apa yang die nak n bagi apa yang die minta..
  • Ana tahu budak zaman sekarang suka laptop,mmg betul dia panjat naik katil Ana n mula terokai laptop Ana.
  • Bermula dengan mouse sampai lah die "off" kan laptop Ana.. but it's ok..jangan sekali2 marah..bahkan puji sebab dah pndai switch off kan laptop secara rambang..hee..
  • Ana buka kat my pictures...gali semua pictures, tunjuk kat die..
  • Mmg die teruja dan sangat2 suka..bila gtaw ayat "syg" die terus kiss laptop..means kiss org dlm gmbr tersebut..
  • lepas main laptop, Ana cuba nak main kuda2 dgn die..cam Rasulullah buat kat cucunya...tapi my niece klip2 je..nak pnjat Ana, tggi sgt kot..hehe..
  • After all, Ana sgt gembira sebab die dah rasa selamat n selesa dgn Ana.
  • The best moment adalah bila mana die ANGKAT tgn die, minta nak di DUKUNG...waaaaahhh..Ana rasa Ana lah wanita paling sejati, ada ciri  keibuan...hehee....yang selama ini Ana ingtkan Ana tak da ciri tersebut... sadis kan??heee..
Kesimpulannya, guna lah pendekatan yang mana mampu membuatkan seseorang kanak-kanak tu rasa selesa dan selamat dengan kita. Cuba sedaya upaya gembirakan hati mereka.

Kuncinya, sediakan :
  • belon buih
  • Lap top
Kids make our world live









"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"

1 SET of MIRACLE TAB 

- Tab EX
-Tab Soap
-HD Glow Essence
Kenapa Ana nak sangat product Miracle Tab ni daripada Irene:
  •  Ana nak sebab Ana mmg teringin sangat2 nak makan Tab EX tu.
  • Ana nak  rasai sendiri keberkesanannya.
  • For sure, Ana akan jadi pelanggan tetap Miracle Tab ni selepas ana tgk perubahan yang berlaku pada kulit wajah Ana.
  • Bila Ana dah puas hati dengan satu2 produk Ana akan stick dgn benda tu smpai bila2. Ana jenis susah nak tukar dah sebarang benda yang sesuai dengan diri Ana.
Belum cuba belum tahu,
sudah cuba mmg mahu.

Saturday 26 November 2011

DRY-VERY DRY SKIN

Assalamualaikum...........salam sejahtera

Pernah alami tak kulit yang sangat kering. Setiap org sudah tentu berbeza jenis kulitnya. Bagi Ana, Ana miliki kulit yang agak kering. Act, Ana suka sentuh kulit kawan-kawan yang lembut jer rasa tangannye. Lagi best yang rasa cam lembab-lembab gitu.

Ana tak jeles pun dengan org yang miliki kulit yang lembab semula jadi, sebab Ana dah cukup syukur sangat kepada Allah sebab Ana miliki TANGAN. TANGAN yang banyak membantu urusan seharian Ana. Tapi Ana rasa cukup sedih, bila Ana tak jaga anugerah yang Allah bagi ni sebaiknya. yela dulu2 minum air pun kurang, now Ana dah amalkan minum air banyak2.

But, ada satu lagi cara Ana nak menjaga kulit Ana. Ana guna losyen. Losyen kat pasaran banyak kan?Act dah macam2 produk Ana guna. Macam2 k?umm..ya..Johnson&J, Enchanteur, mustika ratu, Safi dan lain2 la.

 Brands yang Ana sebut kat atas mmg tak kurang bagus juga. Ana guna juga produk tersebut tapi untuk benda lain cam sabun mandian ker. Tapi untuk losyen,  Ana guna NIVEA Intensive Body Milk. setakat ni Ana mmg puas hati dengan losyen ni. Selepas pakai Ana rasa tangan Ana sangat lembut dan berlembab daripada sebelum pakai. Kawan Ana sendiri pun cakap camtu. Agak mahal juga daripada losyen lain. Tapi tak pe lah, rasa berbaloi sebab puas hati kan daripada yang murah pastu kita duk marah2 sebab pakai tak da kesan.hehe..

NIVEA Intensive Body Milk
p/s:Harga berbeza mengikut tempat.







Monday 7 November 2011

Blog baru ? Jom berkenalan dengan blogger lain ..

Assalamualaikum

Entry ni, Ana ambil drpd blogger yang terkenal BEN ASHAARI. Ini LINK nya..Bagi sesiapa yang nak lebih ramai kenalan daripada ahli blogger, tekan link tersebut dan kamu akan mengetahuinya dengan lebih lanjut=).

Taaaaaa.......
















Friday 4 November 2011

Disiplinkan diri minum air secukupnya

Tips apa yang hot ni?
Ok, last entry Ana ada tulis tentang air putih or air masak kan?Tips ni berkaitan bagaimana kita nak disiplinkan diri kita minum air secukupnya. 

Sebelum tu Ana nak beritahu, setiap 25 Kg berat kita, kita kena minum sekurang-kurang 1 Liter air kosong. Ini bermakna kalau berat anda 50 Kg, jadi anda kena minum 2 Liter air kosong. Tubuh kita akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan perkumuhan. Jadi, cuba bayangkan kalau anda minum SELITER jer SEHARI!!!oh..no..no...!!

Jadi, tips nak pastikan kita minum air secukupnya. Mudah sgt!!

(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!
(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum.
Jika botol besar, semangat mudah luntur
(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter).

Ayuh kita amalkan!!kalau boleh kita mula dari sekarang, kesannya nanti amat menakjubkan. kita akan dapat lihat perbezaannya. Cuma kena banyak bersabar dan tekadkan keazaman untuk berubah. Tanamkan sikap "kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh".

Thursday 3 November 2011

Mahu cantik?

Mahu cantik?guna air!!

Jimat, murah, senang nak dapat. Tu sahaja yang Ana boleh cakap nak cantik. Kenapa Ana cakap camtu?
yela hari-hari kita duk minum air masak kat rumah, bukan ke free. eh tak free juga, siapa kate free?hee. bil air kena bayar kan. tapi tak pe la. kira jimat  la tu. tak payah nak pergi jauh2 beli kat kedai, habiskan minyak kereta.

Dulu Ana tak suka minum air masak, sebab tawar tak rasa apa-apa. Now, Ana dah suka minum air masak atau air putih ni Sebabnya?meh Ana nak senaraikan keajaiban minum air putih.

  • buang toksin dalam badan(keluarkan bahan kotor melalui urine @ air kencing)
  • dapat lancarkan sistem pencernaan kita
  • yang bagus lagi dapat meningkatkan kesuburan
  • yang ni lagi super best!!dapat kuruskan badan (kalau yang diet, minumlah air putih banyak2, sebab air putih tiada kalori, gula or lemak kan)
Ok. tu kebaikan dia kan. Tapi  apa akan jadi kalau kurang minum air?

  • kulit jadi kering, keriput lagi.(sebab kurang air dalam badan) nak jadi camtu?no..no.!!
  • mudah naik jerawat(sebab darah tak bersih, air putih dapat cuci darah dengan buang toksin dalam badan)
Kesan selepas Ana rajinkan diri minum air masak:
  • berat Ana mudah turun(sebab bila minum air masak banyak2 sebelum makan, kita jadi kenyang, selera makan pun berkurang)
  • kulit terasa lembab, lembut je(dulu kulit Ana sangat kering, sekarang sentuh Alhamdulillah rasa lembab je)
  • jerawat susah nak naik. Pendek kata susah juga la jerawat nak naik. kalau naik pun time period or bile Ana stress nak dekat exam..heehe)

 Banyakkan selebriti, artis2 yang cantikkan, salah satu rahsia mereka ialah minum air putih banyak2. Ana sendiri pernah terbaca ada sorang artis tu nak jaga kecantikan hari2 minum air mineral. basuh muka pun dengar air mineral!!


Tapi Ana tak la sampai basuh muka dengan air mineral.hee. Ana hanya kalau boleh cuba beli air mineral la. sebab air mineral harga dia murah je kan?Ana beli kat Mydin, sekotak ada 24 botol hanya berharga RM9.90.beli sekotak letak dalam bilik.Haa..senangkan??nak minum tak payah nak turun dapur lagi..hehee..pemalas betul.heee..
Stok untuk sebulan

Tuesday 1 November 2011

BISMILLAH

/Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Sabda Rasullullah S.A.W, ' siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.

Semoga blog ini mampu memberi manfaat kepada diri ini dan juga kepada insan di luar sana.
Alhamdulillah.