Blogger Layouts

Thursday 3 November 2011

Mahu cantik?

Mahu cantik?guna air!!

Jimat, murah, senang nak dapat. Tu sahaja yang Ana boleh cakap nak cantik. Kenapa Ana cakap camtu?
yela hari-hari kita duk minum air masak kat rumah, bukan ke free. eh tak free juga, siapa kate free?hee. bil air kena bayar kan. tapi tak pe la. kira jimat  la tu. tak payah nak pergi jauh2 beli kat kedai, habiskan minyak kereta.

Dulu Ana tak suka minum air masak, sebab tawar tak rasa apa-apa. Now, Ana dah suka minum air masak atau air putih ni Sebabnya?meh Ana nak senaraikan keajaiban minum air putih.

  • buang toksin dalam badan(keluarkan bahan kotor melalui urine @ air kencing)
  • dapat lancarkan sistem pencernaan kita
  • yang bagus lagi dapat meningkatkan kesuburan
  • yang ni lagi super best!!dapat kuruskan badan (kalau yang diet, minumlah air putih banyak2, sebab air putih tiada kalori, gula or lemak kan)
Ok. tu kebaikan dia kan. Tapi  apa akan jadi kalau kurang minum air?

  • kulit jadi kering, keriput lagi.(sebab kurang air dalam badan) nak jadi camtu?no..no.!!
  • mudah naik jerawat(sebab darah tak bersih, air putih dapat cuci darah dengan buang toksin dalam badan)
Kesan selepas Ana rajinkan diri minum air masak:
  • berat Ana mudah turun(sebab bila minum air masak banyak2 sebelum makan, kita jadi kenyang, selera makan pun berkurang)
  • kulit terasa lembab, lembut je(dulu kulit Ana sangat kering, sekarang sentuh Alhamdulillah rasa lembab je)
  • jerawat susah nak naik. Pendek kata susah juga la jerawat nak naik. kalau naik pun time period or bile Ana stress nak dekat exam..heehe)

 Banyakkan selebriti, artis2 yang cantikkan, salah satu rahsia mereka ialah minum air putih banyak2. Ana sendiri pernah terbaca ada sorang artis tu nak jaga kecantikan hari2 minum air mineral. basuh muka pun dengar air mineral!!


Tapi Ana tak la sampai basuh muka dengan air mineral.hee. Ana hanya kalau boleh cuba beli air mineral la. sebab air mineral harga dia murah je kan?Ana beli kat Mydin, sekotak ada 24 botol hanya berharga RM9.90.beli sekotak letak dalam bilik.Haa..senangkan??nak minum tak payah nak turun dapur lagi..hehee..pemalas betul.heee..
Stok untuk sebulan

1 comment:

Cik mama said...

Betul tu cik ana, setuju sgt, sya pun amalkan juga, kat opis mesti da botol air kat meja, asal nmpak jerr minum...kulit pun bersih,
jemputlaa ker blog sya yerr.

http://www.pinkpurplemerah.blogspot.com/