Blogger Layouts

Friday 4 November 2011

Disiplinkan diri minum air secukupnya

Tips apa yang hot ni?
Ok, last entry Ana ada tulis tentang air putih or air masak kan?Tips ni berkaitan bagaimana kita nak disiplinkan diri kita minum air secukupnya. 

Sebelum tu Ana nak beritahu, setiap 25 Kg berat kita, kita kena minum sekurang-kurang 1 Liter air kosong. Ini bermakna kalau berat anda 50 Kg, jadi anda kena minum 2 Liter air kosong. Tubuh kita akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan perkumuhan. Jadi, cuba bayangkan kalau anda minum SELITER jer SEHARI!!!oh..no..no...!!

Jadi, tips nak pastikan kita minum air secukupnya. Mudah sgt!!

(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!
(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum.
Jika botol besar, semangat mudah luntur
(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter).

Ayuh kita amalkan!!kalau boleh kita mula dari sekarang, kesannya nanti amat menakjubkan. kita akan dapat lihat perbezaannya. Cuma kena banyak bersabar dan tekadkan keazaman untuk berubah. Tanamkan sikap "kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh".

No comments: